ad
AGENDA

Kedai makan tiada rekod pelanggan, KKM sukar kesan kontak Covid-19

3 Ogos 2020, 11:06 AM
Kedai makan tiada rekod pelanggan, KKM sukar kesan kontak Covid-19

SHAH ALAM, 3 OGOS: Premis makanan di Jitra, Kedah yang menjadi lokasi bermula penularan Kluster Sivagangga tidak menggunakan aplikasi MySejahtera, merekodkan kehadiran dan suhu badan pelanggan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP) tersebut menyukarkan petugas kesihatan melakukan pengesanan kontak rapat bagi Covid-19.

"Sehingga jam 12 tengah hari, sebanyak 425 orang disaring dan daripada jumlah ini, 21 kes adalah positif, 362 negatif dan 42 masih

menunggu keputusan. Kita menyeru orang ramai yang berkunjung ke lokasi tersebut supaya pergi menjalankan saringan kesihatan.

"Kluster ini merupakan penularan dalam negara yang berpunca daripada kes import iaitu kegagalan pesakit bawah siasatan (PUI) patuh arahan kuarantin, kluster menular kerana kesilapan kita sendiri," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster yang wujud berpunca kegagalan individu pulang dari luar negara mematuhi tempoh kuarantin wajib di

rumah ialah Kluster Elsa, Kluster PUI Novgorod, Kluster PUI Pitakwa, Kluster PUI Melbourne, Kluster PUI Ramnad, Kluster PUI Al Khobar dan

Kluster PUI Shirala.

"Kita mengingatkan masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan

kes positif Covid-19 atau maklumat yang berkenaan daripada pihak berkuasa," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.