ad
BERITA UTAMA

EXCO: Lapor pihak berkuasa tempatan individu ingkar SOP

3 Ogos 2020, 7:23 AM
EXCO: Lapor pihak berkuasa tempatan individu ingkar SOP

SHAH ALAM, 3 OGOS: Orang awam diminta melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya terdapat mana-mana pihak melanggar tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata PBT dan pihak berkaitan turut melakukan pemantauan dan kawalan berkala di tempat awam bagi memastikan masyarakat kekal mematuhi SOP.

"Kerajaan berhak mengisytihar kembali PKP jika kes positif Covid-19 semakin meningkat. Justeru, saya menyeru masyarakat patuhi tatacara dan lapor kepada pihak berkuasa sekiranya ada yang ingkar," katanya kepada SelangorKini.

Mengulas mengenai kepatuhan penggunaan SELangkah, Sze Han menasihatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan sistem tersebut sebelum masuk ke mana-mana premis bagi membantu kerajaan mengesan mereka dijangkiti.

"Gunakan SELangkah dan pastikan anda beri maklumat seperti nama dan nombor telefon yang sahih kerana ia sedikit sebanyak boleh bantu kerajaan mengenal pasti individu bergejala," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.