ad
BERITA UTAMA

RMS berkenan sertai perbarisan Jubli Emas 17 RAMD

3 Ogos 2020, 1:01 AM
RMS berkenan sertai perbarisan Jubli Emas 17 RAMD

SHAH ALAM, 3 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyertai Perbarisan Hari Ulang Tahun Jubli Emas 17 RAMD (Para) 2020 di Padang Kawad Pasukan, Kem Terendak, Melaka kelmarin.

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan Batalion Ke-17 RAMD (Para) adalah unit pertama disertai Tengku Amir sejurus menamatkan latihan selaku Pegawai Kadet di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom.

"Batalion ini mencecah usia 50 tahun pada tahun ini sejak ditubuhkan 1 Ogos 1970.

"Baginda mula berkhimat di batalion ini pada 2016 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Platun Rintis Serang (RINSER)," katanya menerusi kenyataan semalam.

Baginda turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Jubli Emas kepada semua warga pasukan, mantan Pegawai Memerintah, veteran pasukan serta mereka yang pernah terlibat dan berkhidmat dalam pasukan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.