ad
AGENDA

Covid-19: Sembilan kes baharu, tujuh kes import

1 Ogos 2020, 9:48 AM
Covid-19: Sembilan kes baharu, tujuh kes import

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini membabitkan tujuh kes import dan dua penularan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes import berkenaan mendapat dua jangkitan di India serta masing-masing satu di Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Switzerland, Filipina dan Pakistan.

“Penularan tempatan pula dikesan di Selangor melibatkan warga asing yang mendapat jangkitan kluster Bukit Tiram manakala satu kes lagi di Kedah berkait kluster PUI Sivaganga. Ini menjadikan keseluruhan 8,985 kes.

"Setakat 12 tengah hari tadi tiga pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan pesakir sembuh seramai 8,647 iaitu 96.2 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata setakat 12 tengah hari tadi tiga pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan pesakit sembuh seramai 8,647 iaitu 96.2 peratus dari keseluruhan.

“Tiada kes kematian baharu dilaporkan hari ini. Jumlah kumulatif kekal 125 kes iaitu 1.39 peratus dari keseluruhan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.