ad
AGENDA

MB sampaikan khutbah Aidiladha, ajak umat hidup berkasih sayang

31 Jul 2020, 2:40 AM
MB sampaikan khutbah Aidiladha, ajak umat hidup berkasih sayang
MB sampaikan khutbah Aidiladha, ajak umat hidup berkasih sayang

BATU CAVES, 31 JULAI: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid An-Nur Kampung Melayu Wira Damai di sini, pagi ini.

Beliau yang tiba pada jam 8 pagi menyertai kira-kira 200 jemaah di ruang solat utama untuk bertakbir raya.

Amirudin kemudian menyampaikan khutbah bertajuk 'Pengajaran Ibadah Korban' yang diterbitkan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor.

[caption id="attachment_428069" align="alignright" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Annur Wira Damai, Batu Caves pada 31 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Dalam khutbahnya, beliau berkata ibadah korban menyerlah keakraban persaudaraan dalam kalangan masyarakat selain menanam semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.

"Marilah kita bersatu atas dasar akidah Islam yang pasti dan disimpul mati. Bersatu dalam apa juga situasi, bersatu teguh menghadapi persekitaran dan ancaman musuh yang terang dan terselindung.

"Bersatunya umat Islam adalah kekuatan utama ke arah pembinaan umat terbaik. Kita berhak berbeza pendapat apalagi dalam soal urusan duniawi, namun umat Islam hendaklah terus bersatu dalam kalimah Allah," katanya.

Beliau turut mengajak umat Islam melakukan pengorbanan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

"Allah turunkan ujian Covid-19 yang membawa maut ratusan ribu manusia di seluruh dunia, sudah tentu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

"Cara kita berkorban ialah kepatuhan tinggi kepada ketetapan dibuat pemerintah iaitu berkorban untuk tidak melakukan perkara yang biasa dilakukan sebelum virus menular, sedikit kesilapan bakal mengundang bahaya kepada keluarga, masayarakat dan negara," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.