ad
AGENDA

Ringgit dibuka tinggi 4.2450/2500 berbanding dolar AS

28 Jul 2020, 2:14 AM
Ringgit dibuka tinggi 4.2450/2500 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Ringgit meneruskan aliran kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan peningkatan permintaan terhadap mata wang berisiko, termasuk unit tempatan itu.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada di paras 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2550 pada 6 petang, semalam.

Seorang peniaga berkata pelabur terus menunggu keputusan Rizab Persekutuan AS membabitkan dasar monetari yang dijadual diumumkan pada 30 Julai ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0819/0860 daripada 3.0808/0851 pada Isnin namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 4.0290/0342 daripada 4.0346/0397, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding pound Britain kepada 5.4710/4778 daripada 5.4587/4668 serta susut berbanding euro pada 4.9934/5.0010 daripada 4.9746/9822 sebelum ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.