ad
EXCO

PBT mula pantau taman permainan, rekreasi, kuat kuasa larangan - EXCO

28 Jul 2020, 1:09 AM
PBT mula pantau taman permainan, rekreasi, kuat kuasa larangan - EXCO

SHAH ALAM, 28 JULAI: Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah memulakan pemantauan di taman permainan dan rekreasi negeri ini susulan pelaksanaan larangan merokok, rokok elektronik (vape) dan minum arak, pada 14 Julai lalu.

EXCO kerajaan tempatan,berkata hasil pemeriksaan sehingga kini, masih tiada orang awam yang dikenakan tindakan atas kesalahan terbabit.

"Saya gembira dengan perkembangan ini dan berharap supaya keadaan berkenaan akan berterusan dan marilah kita sama-sama menyayangi dan menjaga taman permainan sebagai tempat riadah," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Pada 14 Julai lalu, Selangor mengumumkan untuk mengharamkan aktiviti merokok termasuk rokok elektronik dan minum arak di taman awam di seluruh negeri.

Larangan baharu yang disenaraikan sebagai kesalahan Undang-Undang Kecil Taman 2005 itu membolehkan orang awam dikenakan kompaun sehingga RM1,000 sekiranya ingkar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.