ad
AGENDA

Covid-19: Amaran gelombang ketiga jika langgar SOP

27 Jul 2020, 12:22 PM
Covid-19: Amaran gelombang ketiga jika langgar SOP

SHAH ALAM, 27 JULAI: Malaysia bakal menghadapi gelombang ketiga Covid-19 sekiranya rakyat melanggar tatacara operasi piawai (SOP), kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata amaran diberikan selepas melihat sikap rakyat yang mula leka serta mengabaikan SOP sehingga menimbulkan kebimbangan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pada minggu lalu sahaja sudah ada peningkatan 120 kes serta kluster baharu. Kluster ibarat 'bara' manakala individu yang tidak patuh SOP ibarat 'bahan api'. Sekiranya bara bertemu bahan api, sudah tentu meledak, jadi KKM bimbang kemungkinan berlaku pertambahan kes baharu secara mendadak.

"Kelengkapan kesihatan di negara ini dikuatiri tidak mampu merawat pesakit jika keadaan sedemikian berlaku, jadi rakyat digesa kekalkan tahap disiplin," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.  

Noor Hisham berkata kes harian di seluruh dunia merekodkan 259,037 kes semalam dan berdasarkan angka tersebut, penularan wabak semakin melarat dan masih jauh untuk tamat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.