ad
PBT

MBSA lancar i-Publisiti dapatkan pandangan orang awam

27 Jul 2020, 11:37 AM
MBSA lancar i-Publisiti dapatkan pandangan orang awam

SHAH ALAM, 27 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama melancarkan aplikasi menerima maklum balas orang awam berhubung Draf Rancangan Tempatan MBSA 2035.

Datuk Bandarnya, Dato' Haris Kasim berkata melalui i-Publisiti masyarakat serta pemegang taruh boleh memberi pandangan mahupun bantahan berkenaan rancangan pembangunan dilaksanakan MBSA dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

“Setiap pandangan dan cadangan akan direkod dan diproses secara digital. Tiada lagi penggunaan borang seperti sebelum ini.

“Mesyuarat juga boleh dijalankan dalam talian dan sebarang keputusan boleh dikemas kini secara terus serta pantas,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan MBSA 2035 hari ini.

Majlis dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Haris berkata draf rancangan berkenaan dibuat bagi membantu MBSA menentukan keperluan kemudahan, utiliti serta infrastruktur bagi menampung pembangunan semasa serta akan datang.

“Draf ini menggantikan Rancangan Tempatan MBSA 2020. Melalui rancangan ini tujuh pusat pertumbuhan akan terbabit iaitu pusat bandar Shah Alam, Seksyen 13, i-City Seksyen 7, Setia Alam, Damansara, Elmina dan Alam Impian,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.