ad
AGENDA

Ekonomi tetap bergerak jika PKP dilaksana semula - MB

27 Jul 2020, 8:39 AM
Ekonomi tetap bergerak jika PKP dilaksana semula - MB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sektor ekonomi di Selangor tetap bergerak jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana semula memandangkan kemudahan internet meluas di kawasan bandar utama.

Dato’ Menteri Besar bagaimanapun berkata tindakan memutuskan rantaian Covid-19 tetap memberi kesan negatif kepada sektor ekonomi.

"Kita beruntung kerana Selangor ada kemudahan infrastruktur seperti jaringan internet meluas.

"Kita dah buktikan ekonomi tetap bergerak pada PKP sebelum ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Kerajaan melaksanakan PKP berkuat kuasa 18 Mac lalu yang melarang aktiviti ekonomi serta sosial kecuali bagi perkhidmatan penting.

Semua sektor dibuka secara berperingkat mulai 4 Mei dengan pelaksanaan PKP Bersyarat disusuli PKP Pemulihan pada 10 Jun.

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penutupan semula sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.