ad
ADN

Tambah baik prestasi urus tadbir, kukuh sokongan semua kaum

27 Jul 2020, 3:47 AM
Tambah baik prestasi urus tadbir, kukuh sokongan semua kaum

SHAH ALAM, 27 JULAI: Angkatan Muda KEADILAN Selangor yakin sokongan bukan Melayu terus kukuh sekiranya prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri terus ditambah baik.

Ketuanya Najwan Halimi berkata pencapaian cemerlang dipacu kepimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN) mampu membentuk hala tuju sokongan masyarakat.

"Justeru, Kerajaan Negeri perlu terus mengekalkan prestasi dan menambah baik perkhidmatan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum.

"Sekiranya ia terus diperkukuhkan, sudah pasti PAKATAN akan menerima sokongan tanpa mengira peringkat umur mahupun kelompok kaum," katanya kepada SelangorKini.

Kelmarin, portal The Star melaporkan sokongan kaum Cina terhadap PAKATAN turun kepada 44 peratus berbanding 95 peratus pada pilihan raya umum 2018.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.