ad
AGENSI

Covid-19: Tiada kes baharu di Selangor, masyarakat digesa pakai pelitup muka

26 Jul 2020, 11:18 AM
Covid-19: Tiada kes baharu di Selangor, masyarakat digesa pakai pelitup muka

SHAH ALAM, 26 JULAI: Tiada kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini menjadikan jumlah kes di negeri ini 2,118 semuanya, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Menurut infografik dikongsikan BGNS itu lagi bilangan kes sembuh pula1,892 dan angka kematian kekal 24 orang.

"Susulan 14 kes aktif dikesan di Selangor setakat ini, empat daerah masih diklasifikasikan sebagai zon kuning iaitu Sepang (11) manakala Hulu Langat, Petaling dan Gombak (satu)," maklum BGNS.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) terus menggesa masyarakat supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika berkunjung ke tempat awam bagi mengelak penularan wabak.

"Pelitup muka wajib dipakai di Selangor. Begitu juga menjaga penjarakan fizikal dan kebersihan serta rekod kehadiran pengunjung premis menggunakan SELangkah pada setiap masa.

"Jadikan (pemakaian pelitup muka) sebagai rutin harian. Jangan disebabkan anda, negara lumpuh semula," tegas pasukan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.