ad
AGENSI

MB: Urus tadbir telus, tiada tiris kunci kejayaan PAKATAN

26 Jul 2020, 8:00 AM
MB: Urus tadbir telus, tiada tiris kunci kejayaan PAKATAN

AMPANG, 26 JULAI: Ekonomi Selangor di bawah Pakatan Harapan (PAKATAN) kekal mampan sejak mentadbir negeri lebih sedekad lalu, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata negeri mempunyai rizab kukuh disebabkan prinsip telus dan kebertanggungjawaban menjaga amanah rakyat.

"Selangor kekal penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan merekodkan pelaburan RM17 bilion tahun lalu, diikuti sebuah lagi negeri PAKATAN iaitu Pulau Pinang dengan RM16.9 bilion.

"...prinsipnya jelas iaitu menolak penyalahgunaan kuasa dan ketirisan, ini kunci kejayaan kita, " katanya berucap pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma hari ini.

Selangor kekal penyumbang terbesar KDNK negara sebanyak 23.7 peratus tahun lalu selain merekodkan pelaburan tertinggi RM18.7 bilion dalam tempoh 30 tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.