ad
AGENSI

Kerja baik pulih paip pecah kawasan tanah mendap selesai

22 Jul 2020, 9:03 AM
Kerja baik pulih paip pecah kawasan tanah mendap selesai

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di Jalan Klang-Banting di Kampung Johan Setia, siap sepenuhnya jam 4 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata tempoh menyiapkan kerja berkenaan selesai lebih awal daripada yang dijadualkan.

"Bekalan air mula disalurkan ke dua kawasan di wilayah Klang dan lapan kawasan di wilayah Kuala Langat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok, 23 Julai," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori tangki terus digerakkan bagi membantu pengguna terjejas. Mereka disarankan menggunakan air secara berhemat.

Semalam dilaporkan, beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di lokasi tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) GS10.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.