ad
AGENSI

Satu pusat pemindahan di Sepang ditutup

22 Jul 2020, 1:32 AM
Satu pusat pemindahan di Sepang ditutup

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Dato’ Ahmad Razali, Sepang ditutup jam 8 pagi ini selepas 18 keluarga dibenarkan pulang.

Unit Pengurusan Bencana negeri berkata setakat ini hanya empat pusat pemindahan di daerah itu masih beroperasi yang menempatkan 211 mangsa daripada 55 keluarga.

“Empat pusat pemindahan yang aktif adalah Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil dengan 56 mangsa, Dewan Orang Ramai Dengkil (54), SRA Dengkil (69) dan dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil (33),” menurut kenyataannya.

Agensi itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku pada 18 Julai lalu, selain menyampaikan maklumat terkini.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, 41 kawasan di Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak dan Klang mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sedang menyiapkan kajian bencana yang dijangka selesai awal tahun depan bagi menangani dampak tragedi itu dengan lebih berkesan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.