ad
AGENDA

Kerajaan jamin tidak naikkan tarif air

21 Jul 2020, 3:10 AM
Kerajaan jamin tidak naikkan tarif air

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Kerajaan memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan situasi pandemik Covid-19 yang belum berakhir, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan akan menanggung kos itu bagi memastikan rakyat terus selesa berdepan situasi kritikal ketika ini.

"Saya ingin tegaskan bahawa dalam situasi rakyat berdepan dengan bebanan ekonomi yang teruk dan pandemik Covid-19 yang masih belum selesai dan tekanan bebanan hidup, saya ingin beri jaminan kerajaan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat masih terbeban ini.

"Kerajaan akan menanggung kos situasi susah sebagai kerajaan prihatin dengan tawaran (bantuan) pelbagai yang diberi, kita jamin rakyat tidak perlu risau dalam situasi kritikal ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PAKATAN-Hulu Langat) kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, sama ada kerajaan dapat menjamin tarif air di Lembah Klang itu tidak naik selepas menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2, kepada Pengurusan Air Selangor.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.