AGENDA

Kluster rumah kongsi Sepang kesan dua kes Covid-19

19 Jul 2020, 10:37 AM
Kluster rumah kongsi Sepang kesan dua kes Covid-19

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan tapak pembinaan di Sepang.

Ketua pengarah kesihatan berkata dua individu didapati positif hasil saringan sehingga jam 12 tengah hari tadi membabitkan 96 warganegara serta warga asing.

"Kluster rumah kongsi Sepang ini melibatkan dua bukan warganegara, iaitu satu warga Indonesia merupakan kes indeks (kes ke-8,739) dan satu warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini.

"Setakat ini punca jangkitan masih disiasat," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Mengikut pecahan pekerja warga asing, terdapat 63 orang dari Indonesia, 22 Bangladesh dan dua Myanmar, sementara sembilan yang lain warganegara Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.