ad
AGENSI

Kuis tawar pengajian untuk lepasan SPM, STAM dan STPM

19 Jul 2020, 7:08 AM
Kuis tawar pengajian untuk lepasan SPM, STAM dan STPM

SHAH ALAM, 19 JULAI: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dipelawa menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat Pembangunan Dr Zulkifli Abd Hamid berkata universiti itu membuka permohonan pengambilan kedua bagi sesi 2020/2021 hingga Jumaat ini.

"Kita menyasarkan seramai 1,000 pelajar berdaftar dan keutamaan diberi kepada mereka yang gagal dalam sistem Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) ke Institut Pengajian Tinggi Awam," kata ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata bagi pengambilan pertama 5 Julai lalu, Kuis menerima pendaftaran 1,500 pelajar baharu.

Tawaran dibuka bagi pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Pelajar yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di www.kuis.edu.my.

Menariknya, Kuis masih mengekalkan yuran pendaftaran pelajar baharu sebanyak RM650 iaitu pengurangan RM350 daripada jumlah asal bagi sesi tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.