ad
AGENSI

Selangor Kerjaya tawar kemahiran baharu

13 Jul 2020, 6:54 AM
Selangor Kerjaya tawar kemahiran baharu

SHAH ALAM, 13 JULAI: Selangor Kerjaya bakal memberi manfaat kepada 10,000 rakyat negeri ini yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata pelaksanaan itu membabitkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM58 juta dalam tempoh tiga tahun.

"Melalui Selangor Kerjaya, sistem profil dan pangkalan data yang mengambil kira kesesuaian minat, keperibadian, kompetensi dan kemahiran tenaga kerja di Selangor.

"Ia dapat memadankan permintaan industri dan mengisi kekosongan jawatan serta mengurus bakat rakyat Selangor dengan lebih tepat," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Katanya tawaran ini khusus buat mereka yang diberhentikan kerja untuk diberi latihan kemahiran baharu sesuai dengan Industri 4.0.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.