ad
AGENSI

Tourism Selangor lafaz ikrar bebas rasuah

11 Jul 2020, 1:05 PM
Tourism Selangor lafaz ikrar bebas rasuah

SHAH ALAM, 11 JULAI: Tourism Selangor kelmarin melafazkan ikrar bebas rasuah di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda bagi membendung jenayah tersebut dalam kalangan warga kerjanya.

Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata sesi itu memberi kesedaran kepada kakitangan untuk menolak amalan yang tidak sepatutnya berlaku dalam sesebuah organisasi.

"Saya berusaha menjadikan Tourism Selangor sebagai entiti yang diamanahkan untuk mempromosi pelancongan negeri supaya bebas gejala rasuah dan perlakuan tidak berintegriti," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sesi lafaz ikrar juga membuktikan komitmen badan pelancongan negeri itu menekankan elemen ketelusan untuk menjaga nama baik Kerajaan Selangor.

Majlis yang disusuli dengan pemeteraian aku janji disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Alias Salim dan Ketua Kluster Tadbir Urus Pemerbadanan Menteri Besar Anas Sulaiman.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.