ad
AGENSI

Aktif promosi Kompleks PKNS dan SACC Mall dalam talian

11 Jul 2020, 6:38 AM
Aktif promosi Kompleks PKNS dan SACC Mall dalam talian

SHAH ALAM, 11 JULAI: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menafikan pihaknya kurang aktif melakukan pemasaran dalam talian sehingga prestasi jualan di dua pusat beli-belahnya merudum.

Pemangku Pengurus Pusatnya Syahril Mohd Rashid berkata pihaknya konsisten menyalurkan maklumat berhubung Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall melalui media sosial.

"Bermula 18 Mac hingga 7 Julai lalu, sebanyak 107 hantaran di Facebook membabitkan pelbagai aktiviti pemasaran digital untuk KPSA sementara 143 (hantaran) bagi SACC Mall.

"Langkah ini membuktikan PREC sentiasa berada di sisi peniaga dan bersama merasai bebanan mereka berikutan krisis Covid-19," katanya kepada SelangorKini pada 9 Julai lalu.

Syahril berkata PREC turut mewujudkan Bazaarlokal berkonsepkan e-dagang bagi mengelakkan peniaga bergantung kepada penjualan fizikal semata-mata.

"Kita bertanggungjawab mengajar dan membimbing usahawan terhadap medium digital dan bazar ini menerima sambutan amat baik dalam kalangan peniaga," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.