ad
AGENDA

Negeri PAKATAN tidak dibubar jika pilihan raya umum diadakan

6 Jul 2020, 7:25 AM
Negeri PAKATAN tidak dibubar jika pilihan raya umum diadakan

SHAH ALAM, 6 JULAI: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN) memutuskan negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu tidak dibubar jika pilihan raya umum diadakan sebelum tempoh mandat berakhir.

Dalam kenyataan bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PAKATAN, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, mereka mahu usaha ditumpukan untuk membantu rakyat pascawabak Covid-19.

"Justeru, kami berpandangan sekiranya berlaku pilihan raya umum tergempar, maka kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir PAKATAN sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan," kata kenyataan itu.

Majlis Presiden juga mahu meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat dengan menjadikan PAKATAN sebagai Kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat majlis tersebut susulan sidang Parlimen dijadual berlangsung pada 13 Julai ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.