ad
AGENSI

Lebih 1,000 daftar pelajar baharu Kuis dalam dua hari

5 Jul 2020, 7:51 AM
Lebih 1,000 daftar pelajar baharu Kuis dalam dua hari

SHAH ALAM, 5 JULAI: Lebih 1,000 orang mendaftar sebagai pelajar baharu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dua hari berturut sejak 3 Julai lalu, kata rektornya.

Prof Dato Dr Ab Halim Tamuri berkata pendaftaran menerusi dalam talian juga mendapat sambutan menggalakkan.

"Kita mengalu-alukan lebih ramai pelajar baharu mendaftar dan menjadi sebahagian daripada warga Kuis. Menariknya, potongan yuran pendaftaran RM350 masih dibuka," katanya kepada SelangorKini.

Mengulas mengenai sesi pendaftaran dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Dr Ab Halim berkata semua berjalan lancar dan mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi pautan http://eadmission.kuis.edu.my/ atau Google Form https://forms.gle/Brzu8csixHUsMs3v5 untuk pra-pendaftaran sehingga 24 Julai ini.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi pegawai pemasaran Kuis melalui WhatsApp di talian 019-226 0746 atau 019-3896937.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.