ad
AGENDA

Sertai kelab Belgium, MB harap Luqman harumkan nama negara

5 Jul 2020, 7:05 AM
Sertai kelab Belgium, MB harap Luqman harumkan nama negara

SHAH ALAM, 5 JULAI: Dato' Seri Amirudin Shari mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain bola sepak Selangor, Luqman Hakim Shamsudin yang menyertai kelab divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk.

Beliau berharap penghijrahan penyerang muda negara itu akan akan mengharumkan nama negara.

"Tahniah dan selamat berjaya diucapkan kepada adik Luqman Hakim," kata Dato' Menteri Besar menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkan perpindahan Luqman Hakim apabila mencapai persetujuan bersama KV Kortrijk dan langkah itu mampu memperkukuhkan karier profesional pemain remaja itu ke peringkat seterusnya.

"Kami berharap ia memberi manfaat kepadanya serta membantu industri bola sepak negara dalam jangka masa panjang seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada pemain muda tempatan mengembangkan karier di luar negara," katanya.

Pada usia 18 tahun, Luqman Hakim dinobatkan sebagai salah satu bakat terbesar negara oleh Goal Malaysia dalam senarai NxGn 2020.

Beliau juga menjadi penjaring terbanyak AFC U-16 walaupun hanya bermain dua perlawanan, dan pada masa sama menjadi tonggak penting membantu skuad remaja negara di Kejuaraan Remaja AFF U-19, tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.