ad
BERITA UTAMA

Team Selangor Cares ringan beban 3,000 keluarga - MB

4 Jul 2020, 8:23 AM
Team Selangor Cares ringan beban 3,000 keluarga - MB

PETALING JAYA, 4 JULAI: Kerajaan Negeri dengan kerjasama syarikat swasta menjayakan program Team Selangor (TS) Cares membantu kira-kira 3,000 keluarga mendapat bekalan makanan akibat terjejas dengan pandemik Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata ia membabitkan penyertaan syarikat seperti Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Nestle, Adabi Consumer dan Cocoaland Industry.

"Terima kasih kerana sudi menyumbang bakti dalam usaha membantu rakyat di Selangor yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika program TS Cares di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri menjalankan program berkenaan menerusi Inisiatif Pemerkasaan Komuniti atau lebih dikenali Team Selangor bertujuan mengagihkan bantuan dalam bentuk makanan dan keperluan harian kepada komuniti setempat di seluruh Selangor.

"Team Selangor bergerak untuk membantu meringankan beban masyarakat dalam menghadapi wabak Covid-19," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.