AGENSI

Selangor sumbang RM200,000 naik taraf Masjid Jamek Al-Amaniah Gombak

3 Jul 2020, 8:48 AM
Selangor sumbang RM200,000 naik taraf Masjid Jamek Al-Amaniah Gombak

SHAH ALAM, 3 JULAI: Kerajaan Selangor menyumbangkan RM200,000 kepada Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak bagi menaik taraf insfrastruktur dan bumbung bangunan.

Dato' Menteri Besar berkata masjid yang berperanan sebagai pusat pengukuhan akidah dan tumpuan komuniti perlu berada dalam keadaan selesa.

"Semoga bantuan ini dimanfaatkan pihak masjid dan ahli kariah yang terlibat," tulis Dato' Seri Amirudin Shari berserta paparan video di Facebook hari ini.

Sementara itu, imam masjid berkenaan Abu Dzar Mohd Ghazali menghargai sumbangan untuk membaiki beberapa bahagian utama masjid yang rosak.

"Terima kasih kepada Dato' Menteri Besar atas bantuan kali kedua ini. Kami bersyukur dan akan menggunakan bantuan ini sebaiknya," katanya dalam video tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.