ad
AGENDA

Bentang RMK-12 ditangguh sehingga Januari 2021

3 Jul 2020, 8:33 AM
Bentang RMK-12 ditangguh sehingga Januari 2021

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen yang dijadualkan pada 6 Ogos ini ditunda kepada Januari 2021 untuk membolehkan ia dikaji semula susulan kesan ekonomi dunia akibat penularan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bagaimanapun tarikh yang dijadualkan semula untuk pembentangan RMK-12 belum ditetapkan lagi.

Sebelum ini dilaporkan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan menyusun semula RMK-12 dengan mengambil kira keadaan ekonomi terkini dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal berada di landasan pembangunan mampan dan inklusif.

"Perubahan disebabkan Covid-19 itu sudah pasti (wujud), kita perlu mengambil kira cara kita bekerja, landskap ekonomi juga berubah dengan ketara dan mendadak, jadi, itu perlu diambil perhatian, sebab itu ia (RMK-12) perlu dilihat semula,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan pembiayaan dan pembayaran digital dan e-Dompet MyPay di sini, hari ini.

Inisiatif digital ini bertujuan meluaskan penggunaan MyPay bagi pembayaran pinjaman dan pelaburan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara dalam talian, selain pembiayaan digital menerusi kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), dan membolehkan integrasi dengan e-Dompet secara selamat.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.