ad
AGENDA

EXCO: Selangor selamatkan 82 projek terbengkalai sejak 2008

28 Jun 2020, 8:43 AM
EXCO: Selangor selamatkan 82 projek terbengkalai sejak 2008

SHAH ALAM, 28 JUN: Selangor berjaya menyiapkan 82 daripada 179 projek perumahan dan komersial terbengkalai di negeri ini sejak 2008.

EXCO perumahan berkata projek meliputi 33,421 unit yang berdepan isu mendapatkan dokumen projek asal, pertukaran kebenaran pembangunan dan kewangan.

"Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengatasi isu ini. Melaluinya, PBT menyenarai projek yang diberi keutamaan serta memberi cadangan pemulihan,” kata Haniza Talha ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Daripada keseluruhan projek terbengkalai, 141 milik Kerajaan Negeri manakala selebihnya swasta.

Sementara itu, Haniza berkata sebanyak 129,108 unit daripada 292 projek Rumah Selangorku berjaya disiapkan setakat ini.

"Kerajaan Selangor turut menyasarkan pembinaan 30,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh lima tahun bermula tahun lalu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.