ad
AGENDA

Program Jaguh beri peluang graduan ceburi keusahawanan lestari hijau

27 Jun 2020, 3:30 PM
Program Jaguh beri peluang graduan ceburi keusahawanan lestari hijau

GEORGE TOWN, 27 JUN: Kementerian Alam Sekitar dan Air memperkenalkan program Jana Graduan Hijau (Jaguh) bagi memberi peluang kepada 10,000 graduan yang baharu tamat pelajaran menceburi bidang keusahawanan kelestarian hijau.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata program itu akan dilancarkan bermula suku ketiga tahun ini dengan memberi latihan keusahawanan kepada golongan graduan terutama mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19.

"Program itu menyediakan latihan keusahawanan lebih lestari seperti perniagaan-perniagaan menggunakan peralatan atau perkakasan kitar semula yang mampu menarik pelanggan seperti kafe hipster.

"Buat permulaan kami sasarkan seramai 10,000 orang dan mereka akan diberikan latihan selama dua tahun, ini antara usaha Kementerian Alam Sekitar dan Air membantu graduan untuk menjadi usahawan," katanya kepada pemberita selepas selepas hadir Program Sinergi Hijau Melestarikan Alam Sekitar dan Kampus Hijau di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Katanya, kementerian juga mengenal pasti universiti tempatan yang berminat untuk menyertai program JAGUH selain berusaha membentuk graduan muda dalam mendepani situasi lebih mencabar ketika ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.