ad
AGENDA

Pusat tuisyen, surau di sekolah boleh dibuka, tunggu umum

26 Jun 2020, 8:24 AM
Pusat tuisyen, surau di sekolah boleh dibuka, tunggu umum

SHAH ALAM, 26 JUN: Pusat tuisyen, sekolah pendidikan khas, institusi pendidikan swasta dan surau di sekolah boleh beroperasi semula mengikut tarikh dan tatacara operasi piawai (SOP) yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM).

"Hari ini, KPM sudah bentangkan SOP mengenainya dalam mesyuarat khas menteri, selepas mendengar pembentangan daripada KPM maka kita setuju untuk benarkan pengoperasiannya.

"Bagaimanapun, tarikh dan perincian SOP tersebut akan diumumkan KPM," kata menteri kanan (kluster keselamatan) pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata surau di sekolah turut dibenarkan untuk digunakan sepanjang sesi persekolahan dan SOP akan turut diumumkan kementerian terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.