ad
AGENSI

Unisel-Selgate jalin kerjasama khidmat kesihatan

26 Jun 2020, 12:48 AM
Unisel-Selgate jalin kerjasama khidmat kesihatan

SHAH ALAM, 26 JUN: Universiti Selangor (Unisel) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Selgate Healthcare Sdn Bhd (Selgate) bagi kerjasama khidmat kesihatan.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel Hasril Abu Hassan berkata perjanjian meliputi pembukaan klinik Selcare di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya.

"Jalinan ini termasuk membina projek Makmal Klinikal Diagnostik dan Pusat Fisioterapi Unisel-Selgate Shah Alam yang akan memfokuskan khidmat kepada kakitangan, pelajar serta orang awam.

"Selain itu, ia bagi menerokai program akademik dalam bidang sains kesihatan antara kedua-dua pihak," katanya di Facebook.

Pemeteraian MoU oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman manakala Selgate diwakili Pengarahnya Noor Hisham Mohd Ghouth.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.