ad
PBT

MB rasmi pejabat ahli majlis zon 5 MPAJ, urusan dipermudah

22 Jun 2020, 9:25 AM
MB rasmi pejabat ahli majlis zon 5 MPAJ, urusan dipermudah
MB rasmi pejabat ahli majlis zon 5 MPAJ, urusan dipermudah

SHAH ALAM, 22 JUN: Dato' Menteri Besar merasmikan Pejabat Ahli Majlis Zon 5 dan Pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon 5 di Dewan Komuniti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Bukit Antarabangsa, semalam.

Pejabat berkenaan akan menjadi lokasi pertemuan di antara ahli majlis dan penduduk bagi memudahkan mereka menyelesaikan isu dikemukakan.

"Saya turut mendengar aduan serta cadangan dari mereka (pertemuan dengan penduduk) bagi penambahbaikan infrastruktur di kawasan berkenaan," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

[caption id="attachment_418760" align="aligncenter" width="570"] Dato' Seri Amirudin Shari bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dato' Abdul Hamid Hussain dan ahli majlis MPAJ, Suzana Shaharudin selepas merasmikan dewan di Bukit Antarabangsa.[/caption]

Sementara itu, Ahli Majlis MPAJ, Suzana Shaharudin berkata pejabat berkenaan dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

"Dewan itu juga akan menempatkan Pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon 5 (JKP Zon 5) MPAJ selain menjalankan program, seminar dan bengkel termasuk mesyuarat bersama persatuan penduduk serta agensi kerajaan dan swasta," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.