ad
ADN

871 warga emas, OKU di DUN Permatang terima baucar Jom Shopping

22 Jun 2020, 4:09 AM
871 warga emas, OKU di DUN Permatang terima baucar Jom Shopping
871 warga emas, OKU di DUN Permatang terima baucar Jom Shopping

SHAH ALAM, 22 JUN: Sebanyak 871 baucar Jom Shopping selesai diagihkan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Baucar membeli-belah di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberikan kepada peserta yang lahir dari Mac hingga Jun selepas prosesnya tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Alhamdulillah semua peserta menerima manfaat baucar dan mereka kini boleh membeli-belah di pasar raya terpilih," kata Ahli Dewan Negerinya Rozana Zainal Abidin di Facebook.

Beliau berkata warga emas dan OKU yang belum mendaftar boleh merujuk kepada pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung masing-masing atau ke Pusat Khidmat DUN Permatang manakala semakan status di http://mesra.yawas.my/smue/.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan penjajaran semula SMUE yang memperuntukkan RM100 setiap bulan kepada peserta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.