ad
AGENDA

Warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

20 Jun 2020, 9:19 AM
Warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

SHAH ALAM, 20 JUN: Seramai 10 warga asing ditahan polis atas kesalahan imigresen dalam sekatan jalan raya Op Benteng di seluruh negara semalam.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 34,275 kenderaan diperiksa dalam operasi berkenaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) terutamanya di lorong tikus.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan," kata menteri kanan (kluster keselamatan) dalam kenyataan hari ini.

Op Benteng yang turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.