ad
AGENDA

MB: Lanjut tempoh bayaran premium tanah, pengecualian sewa premis

18 Jun 2020, 9:41 AM
MB: Lanjut tempoh bayaran premium tanah, pengecualian sewa premis
MB: Lanjut tempoh bayaran premium tanah, pengecualian sewa premis

SHAH ALAM, 18 JUN: Kerajaan Selangor melanjutkan tempoh pembayaran premium tanah dan pengecualian sewa premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi memulihkan ekonomi serta membantu pelbagai golongan termasuk pemaju dan pelabur yang terkesan dengan impak Covid-19.

"Kerajaan Negeri bersetuju pembayaran premium tanah bagi notis yang telah tamat tempoh dari 1 Januari sehingga 9 Jun dilanjutkan sehingga 30 September tahun ini.

"Selain itu turut diluluskan pembayaran premium tanah secara ansuran selama enam bulan sehingga 31 Mac tahun depan kepada notis 5A dan 7G yang belum tamat tempoh dengan syarat ditetapkan," kata Dato’ Menteri Besar menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Amirudin berkata penyewa premis perniagaan milik PBT yang diberi pengecualian sewa sebulan pada April lalu, akan menikmati faedah tersebut sekali lagi untuk Mei.

[caption id="attachment_395931" align="alignright" width="458"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat Borhan Aman Shah mewakili ADN Selangor menyerahkan replika cek sumbangan Tabung Covid-19 Selangor kepada Dato' Seri Amirudin Shari selepas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 2.0 di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini Selangor membelanjakan sejumlah RM400 juta untuk melaksanakan dua Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pada 20 Mac lalu Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 diumumkan bagi membantu pelbagai golongan yang terkesan dengan wabak itu.

Peruntukan RM127.78 juta memberi manfaat kepada petugas barisan hadapan, mahasiswa, peniaga, penjaja, usahawan Hijrah dan rakyat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua diumumkan pada 1 April berjumlah RM272.5 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.