ad
AGENSI

Pembersihan Sungai Batang Nilai elak dua loji proses air terganggu

18 Jun 2020, 7:37 AM
Pembersihan Sungai Batang Nilai elak dua loji proses air terganggu

SHAH ALAM, 18 JUN: Kerja mitigasi dilaksanakan segera ekoran kejadian Toyota Hilux terbabas ke Sungai Batang Nilai, Nilai pagi tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan media berkata kejadian itu menyebabkan minyak kenderaan mencemari sungai itu.

"Insiden tersebut berkemungkinan menyebabkan henti tugas LPA Sungai Labu dan LPA Salak Tinggi ekoran jarak tumpahan minyak ke LPA Sungai Labu 6.7 kilometer (km) manakala LPA Salak Tinggi 11.8 km," katanya.

Katanya, pihaknya bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan agensi berkaitan kini sedang menjalankan siasatan dan tindakan mengatasi isu itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.