ad
AGENDA

Covid-19: Kes keseluruhan di Indonesia 41,431, korban 2,276

17 Jun 2020, 2:15 PM
Covid-19: Kes keseluruhan di Indonesia 41,431, korban 2,276

JAKARTA, 17 JUN: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 41,000 dengan angka kematian kini berjumlah 2,276 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,031 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dilaporkan dengan 45 lagi kematian berlaku.

"Kes positif kini berjumlah 41,431 manakala sebanyak 13,279 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 651 kes, diikuti provinsi Jakarta (563 kes), Jawa Barat (169), Kalimantan Selatan (141) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.