ad
AGENSI

Gerbang Maritim Selangor lonjak potensi ekonomi

17 Jun 2020, 11:05 AM
Gerbang Maritim Selangor lonjak potensi ekonomi

SHAH ALAM, 17 JUN:  Pembersihan Sungai Klang menerusi Gerbang Maritim Selangor (SMG) mampu membuka potensi ekonomi di negeri ini termasuk perdagangan, perhotelan dan pelancongan.

SMG menerusi kenyataan berkata antara potensi ekonomi lainnya ialah perumahan dan industri perkhidmatan.

"Projek melibatkan keluasan 255 ekar tanah ini turut mengubah landskap Sungai Klang seperti hutan paya bakau dan kampung budaya.

"Melalui projek ini, ia kembali mengubah kegemilangan Sungai Klang, yang turut memberi kesan kepada pembangunan Klang, Selangor dan seterusnya Malaysia," katanya menerusi siaran video, hari ini.

https://youtu.be/KONWw6_frGE

Projek SMG adalah inisiatif Kerajaan Selangor yang memfokuskan kepada penjanaan semula Sungai Klang membabitkan kawasan seluas 35,612 hektar.

Sementara itu, Landasan Lumayan Sdn Bhd pula adalah anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang bertanggungjawab melaksanakan tiga aktiviti utama projek iaitu pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.