ad
SELANGOR

Peniaga sambut baik buka semula pasar secara bergilir

16 Jun 2020, 6:49 AM
Peniaga sambut baik buka semula pasar secara bergilir
Peniaga sambut baik buka semula pasar secara bergilir
Peniaga sambut baik buka semula pasar secara bergilir

PUCHONG, 16 JUN: Peniaga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri membuka semula pasar pagi, pasar malam dan bazaria walaupun dilaksanakan secara bergilir.

[caption id="attachment_417361" align="alignright" width="369"] Peniaga, Norli Ahmad ketika ditemuramah SelangorKini pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Norli Ahmad,39, berkata kebenaran bermula hari ini dapat membantu dirinya mendapatkan sumber kewangan selepas lebih tiga bulan tidak berniaga.

“Sebelum ini saya sewa dua petak tetapi kali ini hanya dibenarkan satu petak. Saya hargai peluang diberikan ini walaupun tidak boleh berniaga setiap hari.

“Semua ketetapan PBT (pihak berkuasa tempatan) dipatuhi termasuk penyediaan cecair pembasmi kuman dan perlu pastikan pembeli berjarak,” katanya ketika ditemui di pasar pagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Puchong Jaya hari ini.

Sementara itu, peniaga makanan tradisi, Chua Onn Siong berharap sewa tapak pasar dikurangkan susulan larangan berniaga dikuatkuasakan sebelum ini.

[caption id="attachment_417364" align="alignleft" width="349"] Peniaga, Chua Onn Siong ketika ditemuramah SelangorKini pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Walaupun sudah boleh berniaga, namun pembeli masih kurang. Berniaga pun tidak boleh setiap hari walaupun ada lesen. Harap pembeli akan bertambah selepas ini,” katanya.

Terdahulu, pasar pagi itu dikunjungi EXCO kerajaan tempatan, Ng Sze Han dan Yang Dipertua MPSJ Noraini Roslan.

Bermula semalam, sebanyak 417 pasar dibuka secara berperingkat mengikut ketetapan PBT dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.