ad
AGENDA

SPR jangka kos PRK DUN Chini meningkat dua kali ganda

14 Jun 2020, 3:25 AM
SPR jangka kos PRK DUN Chini meningkat dua kali ganda

SHAH ALAM, 14 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini meningkat hampir dua kali ganda sekitar RM4.7 juta, kata pengerusinya.

Datuk Azhar Azizan Harun berkata peningkatan itu berikutan langkah membendung Covid-19 dengan penyediaan barangan seperti cecair pembasmi kuman, sut pelindungan diri, khemah khas dan alat penyaring suhu, lapor Sinar Harian.

"Daripada semua PRK DUN sebelum ini, PRK DUN Rantau mencatatkan kos paling tinggi iaitu mencecah RM1.87 juta," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya kos paling tinggi adalah elaun petugas pilihan raya diikuti sewaan barangan seperti komputer dan logistik.

PRK DUN Chini akan diadakan pada 4 Julai, manakala hari penamaan calon 20 Jun dan pengundian awal 30 Jun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.