ad
PBT

MPSepang: Pasar pagi, pasar malam mula operasi 22 Jun

13 Jun 2020, 6:29 AM
MPSepang: Pasar pagi, pasar malam mula operasi 22 Jun

SHAH ALAM, 13 JUN: Peniaga pasar pagi dan pasar malam di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dibenar mulakan perniagaan pada 22 Jun ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan peniaga perlu mengisi borang permohonan yang disediakan di kaunter pengawal aras satu dan di Jabatan Pelesenan aras dua, MPSepang.

"Borang permohonan ini wajib dikembalikan semula ke Jabatan Pelesenan MPSepang bermula 12 Jun (semalam) bagi tujuan penyelarasan tatacara operasi piawai (SOP) perniagaan," kata kenyataan itu.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan MPSepang ditalian 03-8319 0200/0300.

Antara syarat perlu dipatuhi adalah peniaga dan pengunjung wajib mematuhi SOP ditetapkan manakala operasi pula dilaksanakan secara penggiliran yang akan dimaklumkan menerusi sistem pesanan ringkas.

Waktu operasi bagi pasar pagi dibuka dari jam 6 hingga 11 pagi manakala pasar malam (4 petang hingga 10 malam).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.