AGENSI

Pertubuhan peladang Bernam Jaya nafi terbabit projek ayam punca lalat

12 Jun 2020, 5:53 AM
Pertubuhan peladang Bernam Jaya nafi terbabit projek ayam punca lalat

SHAH ALAM, 12 JUN: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya menafikan terbabit projek ternakan ayam di Sabak Bernam hingga mendatangkan masalah lalat kepada penduduk kampung berhampiran.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkata, pengerusi PPK kawasan terbabit mendakwa pihaknya tidak lagi menjalankan projek itu sejak 2014 dan kini diusahakan individu lain.

Media sebelum ini melaporkan penduduk Kampung Sepintas, Kampung Bagan Nira dan Kampung Bagan Tunjang meminta pihak berwajib menangani masalat lalat di kampung mereka.

Sementara itu, pasukan sama berkata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan mengeluarkan kenyataan tidak menggalakkan rakyat Singapura berkunjung ke Johor Bharu untuk sekadar mengisi minyak dan membeli-belah.

“Beliau menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita palsu untuk mengelakkan tercetusnya salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.