ad
AGENDA

FAM teliti SOP latihan untuk skuad kebangsaan, B-19

10 Jun 2020, 3:03 PM
FAM teliti SOP latihan untuk skuad kebangsaan, B-19

SHAH ALAM, 10 JUN: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang meneliti tatacara operasi piawai (SOP) sebagai persiapan latihan pusat skuad kebangsaan dan bawah-19 (B-19) pasca Covid-19.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata pihaknya akan mengkaji SOP setebal 33 muka surat itu supaya berpadanan dengan program latihan kedua skuad kebangsaan.

"FAM akan memastikan ia dapat disesuaikan dengan program latihan dirancang Tan Cheng Hoe (ketua jurulatih kebangsaan) dan Brad Maloney (ketua jurulatih B-19 kebangsaan) supaya dapat dipatuhi sepanjang kem berkenaan bagi menjamin kesihatan serta keselamatan semua pemain juga pegawai terlibat,” katanya di Facebook hari ini.

Ramalingam hari ini mempengerusikan mesyuarat secara dalam talian bersama Cheng Hoe dan Maloney serta Ketua Unit Sains Sukan FAM, Sivanasvaran Suppiah yang juga fisioterapis pasukan.

Turut bersama dalam perbincangan itu ialah Ketua Unit Pengurusan Pasukan-Pasukan Kebangsaan FAM, Azfendy Azzuddin serta jurulatih kecergasan kedua-dua pasukan, Martin Stano dan Reuben Jude Balraj.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.