AGENDA

UPM sasar kedudukan 100 universiti terbaik dunia

10 Jun 2020, 7:27 AM
UPM sasar kedudukan 100 universiti terbaik dunia

SHAH ALAM, 10 JUN: Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan kedudukan 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketika ini, institusi pengajian tinggi di Serdang, Selangor itu berada pada kedudukan 132 dalam QS World University Rankings (QS-WUR) 2021, meningkat 27 tangga berbanding tahun lalu.

"Ini adalah peningkatan berterusan selama tujuh tahun berturut-turut sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia," kata Naib Canselornya Prof Datin Paduka Setia Dato' Dr Aini Ideris dalam kenyataan.

"Kejayaan ini meningkatkan lagi semangat kita untuk terus berusaha membaiki kelemahan dan mengambil pendekatan strategik untuk melonjakkan prestasi."

Beliau berkata kejayaan dikecapi hari ini hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga UPM yang memberi makna kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

QS-WUR menggunakan enam petunjuk untuk menyusun kedudukan universiti iaitu:

1. Reputasi akademik (40 peratus)

2. Reputasi majikan (10 peratus)

3. Pelajar fakulti (20 peratus)

4. Sitasi setiap fakulti (20 peratus)

5. Nisbah fakulti antarabangsa (5 peratus)

6. Nisbah pelajar antarabangsa (5 peratus)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.