ad
BERITA UTAMA

EXCO: Kanak-kanak miskin bandar bakal dapat makanan khasiat percuma

10 Jun 2020, 6:18 AM
EXCO: Kanak-kanak miskin bandar bakal dapat makanan khasiat percuma

SHAH ALAM, 10 JUN: Kanak-kanak yang tinggal di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dan kos rendah di negeri ini bakal menerima bantuan makanan seimbang.

Inisiatif Nutrisi dan Diet Anak Harapan Selangor kini berada di peringat akhir bagi menentukan jenis bekalan makanan sesuai kepada kumpulan sasar.

"Selama ini kita lebih tumpu kepada masalah infrastruktur seperti bumbung bocor, lif rosak, air dan bil tertunggak sehingga lupa perkara utama iaitu nasib kanak-kanak yang juga generasi masa depan," kata EXCO Kehidupan Bandar Haniza Talha kepada SelangorKini hari ini.

"Jumlah bantuan diberi mengikut bilangan anak di dalam rumah kerana kita tidak mahu ada yang tercicir."

Inisiatif tersebut bakal menggantikan Program Bank Makanan Selangor yang dilaksanakan untuk membantu 2,000 keluarga miskin bandar di negeri ini.

Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018 mendapati pemakanan kanak-kanak di PPR kurang seimbang dan zat makanan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.