ad
AGENSI

Kempen Zakat On Grab galak pemandu mencarum

10 Jun 2020, 3:39 AM
Kempen Zakat On Grab galak pemandu mencarum

SHAH ALAM, 10 JUN: Lembaga Zakat Selangor menganjurkan kempen Zakat On Grab mulai 1 Jun hingga 30 September ini khusus untuk pemandu syarikat e-panggilan yang belum mencarum di agensi itu.

Ketua divisyen komunikasi korporatnya berkata sehingga Februari lalu, seramai 549 pemandu mencarum pendapatan mereka secara bulanan dengan LZS.

"Justeru, kami mengalu-alukan lebih ramai pemandu e-panggilan untuk menyertai kempen ini sekali gus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik," kata Datin Norajun Ainun Mohd Hashim kepada SelangorKini hari ini.

Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari grab.com/my/blog/driver/car/menjadikan-sumbangan-zakat-lebih-mudah/ atau https://zakatselangor.com.my/promosi dan imbas kod QR.

Pemandu bertuah akan menerima hadiah utama telefon pintar, jam pintar (hadiah kedua) dan kad hadiah petrol bernilai RM100 (sagu hati).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.