ad
AGENDA

MB ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

8 Jun 2020, 2:39 AM
MB ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

SHAH ALAM, 7 JUN: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mendoakan baginda dilanjutkan usia serta pemerintahan sempena Hari Keputeraan Rasmi hari ini.

"Semoga Allah lanjutkan usia dan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Dirgahayu Tuanku. Merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi. Sembah takzim daripada saya selaku Dato’ Menteri Besar Selangor serta seluruh rakyat Selangor," tulisnya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini kerajaan bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, kerajaan juga bersetuju Hari Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.