ad
AGENSI

MB minta penjelasan MBPJ isu kenaikan sewa Pasar Jalan Othman

7 Jun 2020, 11:54 AM
MB minta penjelasan MBPJ isu kenaikan sewa Pasar Jalan Othman

KUALA LANGAT, 7 JUN: Kerajaan Negeri akan mendapatkan penjelasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung kenaikan sewa tapak Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

"Saya sedang menghubungi MBPJ untuk lihat kenapa keputusan itu dibuat dan bagaimana ia dilakukan.

Jika ada kewajaran untuk menilai semula keputusan tersebut, saya akan minta mereka berbuat demikian," kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, Dato' Menteri Besar menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada penduduk di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran.

Semalam, sekumpulan peniaga mendakwa sewa tapak pasar dinaikkan daripada RM140 kepada RM400 sebulan berdasarkan notis pemberitahuan yang dikeluarkan MBPJ.

Pasar Jalan Othman dibuka semula kepada orang ramai bermula semalam selepas diarahkan tutup sejak 10 Mei lalu susulan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.