ad
EXCO

Program komuniti boleh dilaksana ikut SOP - Rodziah

5 Jun 2020, 2:45 AM
Program komuniti boleh dilaksana ikut SOP - Rodziah

KLANG, 5 JUN: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) boleh menjalankan program di kawasan masing-masing bersesuaian tatacara operasi piawai (SOP) untuk disertai komuniti setempat, kata EXCO pembangunan luar bandar, desa dan kampung tradisi.

Rodziah Ismail berkata ramai menganggap program tidak dapat dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi ia bukan isu kerana ketua kampung boleh melaksanakannya dengan peruntukan disediakan.

"Banyak program lain yang sesuai boleh dibuat bergantung kepada cara untuk menguruskan bantuan dalam limitasi SOP ditentukan kerajaan dan ketua kampung perlu jadi contoh kerana mereka individu paling dekat dengan penduduk bagi memastikan golongan berkaitan mematuhi SOP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penyerahan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Aidilfitri kepada Setiausaha dan Ahli Biro MPKK Kampung Tradisi Selangor di Pejabat Daerah Klang di sini semalam.

Seramai 408 penerima dari 34 kampung tradisi menerima manfaat tersebut melibatkan peruntukan RM122,400.

Pada 15 Mei lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas kewangan RM300 sekali bayar kepada setiausaha dan AJK Biro MPPK di 371 kampung tradisi dengan implikasi kewangan RM1.335 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.