ad
AGENDA

Promosi jualan murah boleh tetapi jangan bersesak - Dr Noor Hisham

2 Jun 2020, 1:15 PM
Promosi jualan murah boleh tetapi jangan bersesak - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 2 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan supaya syarikat perniagaan tidak membuatkan orang ramai bersesak-sesak apabila menjalankan promosi jualan murah secara besar-besaran, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan jualan murah dilakukan namun tatacara operasi piawai (SOP) seperti penjarakan sosial perlu diamalkan.

"Boleh promosi tetapi kurangkan kesesakan, kalau boleh (syarikat perniagaan) jalankan aktiviti jualan dengan cara temujanji ataupun dalam talian.

"Elakkan ruang sempit dan sekiranya berlaku kesesakan, majikan perlu kaji semula cara pelaksanaan perniagaan berkenaan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.